STRUKTUR KULIT
9:00 AM
Assalamualaikum dan salam bersua kembali…..
Macamana?Dah boleh faham apa itu JENIS KULIT & MASALAH
KULIT?2 perkara yang berbeza kannn?
Bagi yang terus membaca entry ni,boleh refer kepada 2 entry
sebelum ni berkenaan kulit.Sudi sudikan lah membacanya ye.
Okay.Pasal JENIS KULIT sudah,pasal MASALAH KULIT pun
sudah,so sekarang kita masuk ke fasa STRUKTUR KULIT.
Untuk menambah lebih pemahaman kita semua.Sekurang kurangnya lepas ni kita semua akan tau kenapa perlu amalkan SKINCARE REGIME DAILY & WEEKLY,dan juga kita akan dapat result apa yang kita mahukan dari pemakaian produk produk kecantikan yang ada sebab kita dah boleh buat pilihan yang terbaik.
Untuk menambah lebih pemahaman kita semua.Sekurang kurangnya lepas ni kita semua akan tau kenapa perlu amalkan SKINCARE REGIME DAILY & WEEKLY,dan juga kita akan dapat result apa yang kita mahukan dari pemakaian produk produk kecantikan yang ada sebab kita dah boleh buat pilihan yang terbaik.
Here we go.
Senang je.Kulit ada 3 BAHAGIAN di mana setiap bahagian
mempunyai fungsi berbeza….
Nampak tak atas tu?Itulah keratan rentas untuk tisu
kulit.Rasanya ramai yang tau kannnn.Salah satu BAB WAJIB untuk subjek
SAINS.Comel kannn?
Jom bercerita pasal bahagian bahagian kulit ni.
*Lapisan kulit paling luar ~ segala macam
kotoran akan melekat di sini.sebab tu kena cuci muka.Gunakan cleanser yang
sesuai dengan kulit anda ye
*90%
adalah sel keratinocytes –
Fungsi utama sel keratinocytes adalah sebagai halangan terhadap kerosakan alam
sekitar(bakteria,kulat,parasite,virus),haba,sinaran UV dan kehilangan air dari dalam badan
*Epidermis ni ada 4 lapisan utama..
~ Paling luar kita panggil Stratum Corneum (tempat
berkumpulnya sel kulit mati ~ if tak scrub laaa)
~ Paling bawah kita panggil Stratum Basal (tempat proses
mutasi/pembiakan sel berlaku ~ cell renewal)Di bahagian inilah nucleus sel memulakan proses mutasi.
*Selain keratin sel….sel sel utama yang
membantu dari segala bentuk kerosakan,kita ada:
~ Melanocytes Cell (mengeluarkan
cecair melanin yang berwarna keperangan untuk melindugi nucleus cell daripada
rosak yang disebabkan sinaran UV sekiranya tak pakai Sun protection or
percentage yang tak cukup untuk keadaan cuaca yang tertentu)
~ Langerhans
Cell….saya suka panggil sel ni POLICEMAN CELL…sebab apa???pernah tak
kita pakai sesuatu produk kecantikan yang baru or memang tak pernah pakai
la…pastu bila pakai kulit rasa sedikit gatal gatal,pedih yang sekejap or kita
rasa macam ada benda yang ‘berjalan’ dalam kulit kita….haaaaa…cell inilah yang
pergi ‘check’apakah foreign substance(bendasing) yang masuk dalam kulit
kita.Biasanya dalam 2-5 minit rasa macam tu…If more than that macam sejam ke
sehari ke,memang SAH produk tu tak sesuai….huhuhuhu
Lapisan lapisan epidermis ni paling penting
untuk dijaga sebab ianya menentukan samada produk yang kita pakai itu akan
berkesan or not.Kenapa macam tu????
Okay,pembentukan cell(proses mutasi) akan
berlaku setiap hari..Average day cell renewal akan ambil masa dalam 28 hari.Epidermis
ada 4 lapisan utama..Bila proses mutasi berlaku setiap hari maka setiap minggu
ia akan menggantikan setiap lapisan dalam bahagian epidermis tadi…Jadinya dari
Basal Layer akhirnya akan sampai kepada Corneum Layer pada minggu keempat.Sebab
tu SCRUB PENTING dilakukan paling kurang seminggu sekali.Barula skincare
seperti serum dan moisturiser lebih cepat meresap masuk kulit….. – now dah
faham kan kepentingan scrub?
2) DERMIS
* Disinilah KUNCI segala kecantikan dan kesihatan kulit.
* Ada folikel rambut,ada sensitive
neuron(sentuhan dan rasa –sejuk,panas,sakit,pedih…dll),oil gland(kilang
minyak),kelenjar peluh,saluran darah.
* Part paling best nak tau.kat sinilah
adanya COLLAGEN,FIBRE
ELASTIC,HYLAURONIC ACID….
Kebiasaanya produk produk yang mengandugi
kandungan yang boleh meransang kolagen akan sampai ke bahagian kedua kulit ini
–EPIDERMIS
Harus tahu TIADA PRODUK COLLAGEN yang kita makan memberi lebih kolagen
pada tubuh kita….Segala macam yang ada di pasaran hari ini adalah diolah dari
R&D untuk MERANGSANG/STIMULATE
kolagen yang sedia ada dalam body kita untuk kembali “lembap” dan kaya dengan
fibroblast yang memberi lebih keanjalan kepada ELASTIC FIBRE supaya dapat
menyokong kedudukan kolagen kembali kuat seperti dahulu…lembapan yang
dimaksudkan ialah CAIRAN HYALURONIC
ACID yang semakin berkurangan mengikut peningkatan usia…
Setiap tahun bermula usia 20 tahun dan ke
atas secara purata kita akan kehilangan at least 1%-5% kolagen dari dalam
tubuh.Sebab tu kesan kesan penuaan seperti kedutan(wrinkles),dull skin akan
muncul.SUMBER COLLAGEN TERBAIK ADALAH DARIPADA SUMBER PROTEIN – IKAN…
Sekarang kan banyak produk berasaskan
tumbuh tumbuhan,pun boleh tapi effect dia sedikit lambat compare dengan sumber
protein.Carilah yang ada combinasi sebab sumber tumbuhan yang biasa digunakan
banyak dari buah Berry kannn.Buah jenis berry ni bagus sebagai ANTI OKSIDA…..
3) HYPODERMIS
*Nampak tak color kuning kuning
tu.SINONIM dengan nama LEMAK a.k.a FAT
*Dalam Bahasa saintifik orang panggil
SUBCUTANEOUS TISSUE.~ used mainly for FAT STORAGE….
*Bahagian ni memang bagus sebab dialah yang
‘membalut’ tulang temulang kita..bagi protection gitu.
*Mengawal sejuk panas tubuh kita..
Badan kita memerlukan lemak ni tapi bukan
LEMAK TEPU ya.
Urmmmm…so macamana?Dah faham kan serba sedikit.Mesti ada yang kata…"oooooo….sebab tu beauty advisor/therapist selalu
cakap scrub tu penting"……."sebab tu tak digalakkan makan NASI waktu
malam..nanti tidur karbo tu tukar jadi LEMAK TEPU"…….”patutlah rasa gatal gatal
bila cuba produk baru”…..dan bermacam lagi persoalan barangkali.
Kak Bed BUKAN NUTRIONIST….BUKAN DOCTOR……tapi
Kak Bed cuma seorang ex-beautician(beauty therapist).Rugi rasanya kalau tak
share ilmu yang Kak Bed tau dan yang Kak Bed ada.Kak Bed masih dalam proses
pembelajaran.Hari hari adalah proses pembelajaran bagi Kak Bed.Apa yang Kak
Bed kutip melalui pembacaan,pertanyaan customer lampau,pengalaman semua Kak Bed
share kan sekali.
Nasihat Kak Bed kepada NEW BEGINNERS yang
mula berminat soal kecantikan dan kesihatan.Jangan terus judge any artikel
yang kamu baca tanpa bukti yang kukuh.Membaca perlu tapi perlu juga membuat
sedikit penyelidikan.
1 pesan Kak Bed…..TIADA 1 PUN PRODUK
KOSMETIK 100% BEBAS DARIPADA SUMBER KIMIA OR SYNTHETIC even CLAIM ORGANIK…..
Sebab produk ORGANIK juga memerlukan
emulsifier sintetik untuk memastikan agar produk tu ada lifetime(expiry date)
untuk berada lebih dari berbulan bulan and bertahun tahun di pasaran…
Yang penting kena tahu INGREDIENTS UTAMA
sesuatu produk tu.Barula kita tau apa function produk tu.Kena banyak bertanya
kepada beauty beauty advisor yang recommend skincare tu.If pilih
produk ORGANIK pastikan ada SIJIL PENGESAHAN ORGANIK YANG SAH.Kena tau
Negara pengeluar produk itu sebab lain negara lain nama badan pemantau produk
organic ni….boleh check kat link ni : http://en.wikipedia.org/wiki/Organic_certification
Sekian dulu..panjang sangat dah entry yang
satu ini.rasa macam tak boleh stop taip dah Kak Bed ni.
Salam sayang semua…..Jumpa lagi.
Hubungi saya di:
Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApp: 017-2015485
Hubungi saya di:
Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApp: 017-2015485
2 ulasan
Maafkan saya puan, puan nak gune istilah mitosis ke untuk mutasi? mitosis adalah pembahagian sel, mutasi pula adalah proses yg berlaku apabila sesuatu sel itu terubah drpd asal. maksudnye proses yg dipanggil apabila berlaku sesuatu kecacatan genetik.
ReplyDeletemitosis untuk tumbuhan, meiosis pula pembahagian sel untuk manusia/ haiwan. puan boleh rujuk istilah pada yg lebih pakar.
ReplyDelete